Sulit
6 tahun
Ingin mengandung semula
assalamualaikum doc sy ingin tanya soalan sy mempunyai 3 org anak smua bersalin ceaser anak nk masuk umur 7thun/6tahun dan 4tahun … sy baru berkhwin dgn suami baru dn sy menginginkan mengandung semula… layakkah sy?bole kah sy menyambung smula peranakan yg telah diikat… apakah yg patut sy buat?berjumpq dgn sapa… umur sy baru 27tahun
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda dinasihati untuk berjumpa secara terus dengan pakar gynaekologi untuk berbincang pendekatan terbaik berkenaan masalah puan. Hal ini kerana, banyak pertimbangan yang perlu dilakukan seperti mengetahui sejarah sakit puan, keadaan jenis ikatan yang puan lakukan terdahulu serta pemeriksaan secara fizikal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































