Sulit
2 tahun
Ingin tahu tempoh sembuh gonorhea
Haii. Saya disahkan menghidapi penyakit gonorrhea. dan sedang makan antibiotik jenis
metronidazole selama 10 hari. Saya ada tanya doktor selepas 10 hari tu adakah saya perlu datang kembali ke klinik untuk checkup dan doktor kata tidak perlu. Dah balik rumah baru saya terfikir macam mana saya nak tahu yang saya sudah sembuh sepenuhnya dari gonorrhea ini. Boleh berikan penerangan kepada saya gonorrhea ni paling cepat dan paling lambat masa yang diambil untuk sembuh?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui tempoh kesembuhan untuk penyakit gonorrhea dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gonorrhea boleh pulih dengan rawatan dalam masa beberapa hari (7-14 hari)
Namun, jika gejala masih berlaku selepas 14 hari, ia boleh menandakan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian lanjut.
Jika anda inginkan kepastian atau pendapat lebih lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat seterusnya.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih