
Sulit
2 tahun
Inject filler di dagu
Semalam saya cucuk filler then hari ni menjadi bengkak dan filler tersebut keras… Apa perlu saya buat doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suntikan filler ini mempunyai kesan sampingnya, iaitu:
- Kemerahan lokasi suntikan
- Bengkak
- Sakit lokasi suntikan
- Lebam
- Kegatalan
- Ruam
Kesan-kesan ini adalah biasa dan akan bersembuh dalam 7 hingga 14 hari. Namun, terdapatlah kesan sampingan yang anda harus memberi perhatian:
- Jangkitan
- Lendiran filler dari lokasi suntikan
- Granuloma (Tumbuhan berpanjangan di lokasi tersebut)
- Perpindahan filler ke lokasi yang lain
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.