
Sulit
3 tahun
INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI Perubatan Tidur
saya ingin bertanya , jika membuat rawatan IPR perubatan tidur, boleh saya tahu ia untuk mengesan apa ye? ada untuk melihat kita tidur berdengkur ke? adakah untuk mengesan penyakit kanser, tibi atau lain lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Untuk makluman anda, Institut Perubatan Respiratori adalah sesebuah hospital di bawah KKM yang berfungsi untuk menyediakan khidmat kepakaran dalam perubatan respiratori. Ia merangkumi :
- Perubatan Tidur
- Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik
- Asma
- Tuberkolosis
- Kanser paru-paru
- Hipertensi paru-paru
- Ventilasi bukan invasif
- Berhenti merokok
- Penyakit paru-paru interstitial
- Pulmonary Physiology
Kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk memberikan jawapan yang lebih tepat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk keterangan yang lebih tepat berdasarkan masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.