Sulit
3 tahun
Interaksi ubat doxycycline, loratadine dan allergy drops (ubat titis bawah lidah)
Saya berumur 25 tahun. Mempunyai rosacea di muka dan sedang follow up dengan doktor ubat doxycycline. Baru-baru ini saya di diagnose allergy dengan produk anti bakteria (mengalami hives di badan), dan diberi ubat loratadine dan allergy drops oleh klinik lain. Soalan saya bolehkah saya ambil doxycycline dengan allergy drop tanpa jarakkan masa 2 jam? Boleh kah diambil bersama? Sama juga dengan loratadine dan allergy drops, adakah saya perlu jarakkan masa 2 jam juga? Antara doxycycline dan loratadine saya rasa memang perlu jarakkan 2 jam. Cuma interaksi allergy drops dengan kedua-dua ubat ini perlukah saya jarakkan 2 jam? Terima kasih…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan, dos dan jenis ubat dan banyak lagi soalan lain yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.