masdianti01
5 tahun
Isi tumbuh lebih di bahagian luka jahitan bersalun normal
Doc , lepas bersalin saya menggunakan solcoseryl gel ni di bahagian luka jahitan bersalin normal , tetapi lepas saya menngunakan gel ini saya dapati ada isi lebih tumbuh menyebabkan saya berasa pedih ketika membuang air kecil , apa patut saya lakukan doc ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami tentang kebimbangan yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada kawasan terjejas
- luka masih baru dan belum sembuh
- jangkitan kelamin
Jika anda mengalami demam, lendir berbau, bernanah pada kawasan terjejas, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am bagi masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































