
Sulit
4 tahun
Jangka masa gerd nak sembuh
Salam sejahtera dr. Saya dah disahkan menghidap gerd. Saya diberikan ubat utk kurangkan asid perut.boleh dr beri penjelasan berapa lama gerd nak sembuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah kondisi yang mana acid perut naik ke esophagus dan menyebabkan peradangan lapisan esophagus .
Untuk mengatasi gejala GERD, ubat-ubatan yang digunakan adalah:
- antasid
- H-2 receptor blocker
- proton pump inhibitor
Untuk mengetahui ubat yang sesuai untuk diri anda, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Selain ubat-ubatan, beberapa perubahan gaya hidup dipercayai boleh mengatasi gejala GERD. Antara perubahan gaya hidup yang dimaksudkan adalah seperti:
- Menurunkan berat badan, jika memiliki berat badan yang berlebih.
- Tidak merokok.
- Meninggikan kepala saat tidur.
- Tidak berbaring atau tidur setidaknya dalam waktu 2 hingga 3 jam setelah makan.
- Menghindari makanan atau minuman seperti alkohol, susu, makanan yang pedas dan berlemak, cokelat, mint, dan kopi.
- Tidak mengenakan pakaian yang terlalu ketat.
Walaupun penyakit ini memerlukan waktu dan disipilin untuk sembuh, tetapi ianya tidak mustahil.
Namun begitu, sekiranya anda merasakan gejala semakin memberat, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi daripada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.