Sulit
3 tahun
Jangka masa kesan ubat depo dan tempoh waktu subur kembalinormal makan masa . dan mengenal pasti gejala period dn ketidakstabilan hormon
saya cucuk depo sekali je. Nthen first period 25/12 smpai skrang xperiod tp kerap sakit mcm snggut , perut pon asik taksedap je tapi takda pon period . saya dah buat upt 2kali pada 15/1 dan 27/1 masih negatif juga adakah ini kesan ii berhenti cucuk Depo. adakah selepas berhentu cucuk depo kena tunggu 4 bulan keatas (kesuburan kembali ) dijangka baru mengandung ? adakah tidk akan mengandung dengan segera seleps berhenti cucuk depo ?.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kesan sampingan suntikan depo adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan. Anda boleh hamil kembali 3 hingga 4 bulan selepas suntikan terakhir yang anda ambil.
Anda disarankan untuk merujuk ke doktor bagi memastikan kesan sampingan berlaku tidak disebabkan oleh penyakit lain.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.