
siroziana
5 tahun
Jangkitan hepatitis c
salam sejahtera…doktor…baru ni pengasuh anak saya disahkan penyakit hepatitis c. adakah risiko untuk anak saya mendapat jangkitan tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jangkitan ini adalah melalui percampuran cecair badan seperti darah daripada pesakit kepada orang lain. Terdapat pelbagai cara Hepatitis C boleh dijangkiti. Antaranya:
- ibu ke anak sewaktu bersalin
- perkongsian jarum dadah
- hubungan seksual
- menggunakan darah yang diderma oleh pesakit
Oleh itu, jika tiada aktiviti seperti diatas, seharusnya tiada risiko jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.