
leezarofi
6 tahun
Jangkitan kuman paru-paru
Suami saya baru2 ini terkena jangkitan kuman paru2…sudah 2 mnggu di hospital…dia skrg masih blm blh bernafas sendiri dia di berikn bantuan penafasan dengan mgunakan Venturi mask…saya mahu tanya berapa lamakah dia perlu bantuan oksigen itu yea?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak paun, biasanya venturi mask digunakan bagi membantu pesakit mendapatkan jumlah oksigen yang lebih optimum terutamanya bagi pesakit yang mengalami sekukaran bernafas seperti suami puan yang terkena jangkitan paru-paru.
Penggunaan venturi mask ini akan dihentikan apabila jangkitan tersebut telah berkurangan dan suami puan boleh bernafas dan mencapai kandungan oksigen dalam tubuh pada paras optimum.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!