
Sulit
4 tahun
Jangkitan sporo pada manusia melalui bersin dan cakaran
saya ada kucing yg baru dikesan terkena penyakit sporo. saya dah cuba untuk uruskan kucing seperti arahan vet. tetapi pagi td kucing saya terlepas dari sangkar semasa kami sedang tidur, dan saya tersedar setelah kucing tersebut bersin berhampiran muka saya dan baby saya. saya terus angkat kucing untuk masuk kan ke sangkar semula, tetapi terkena cakaran sikit shj tiada darah di anak jari kaki saya.saya cuci luka tersebut dgn air paip dlm 3 minit. terdapat bebrapa perkara merisaukan sya, adakan saya dan anak berisiko terkena jangkitan sporo kerana kucing bersin di muka kami? dan apakan tindakan yang sepatutnya saya lakukan untuk saya pastikan keselamatan saya dan anak ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Umumnya Sporotrichosis merupakan jangkitan fungus yang sememangnya dapat menjangkiti manusia. Kuman itu lazimnya masuk ke tubuh manusia melalui luka terbuka akibat cakar atau gigitan, cecair mulut atau bersin si kucing mahupun sekadar memegang si kucing (bergantung kepada kadar dan risiko jangkitan).
Antara gejala jangkitan tersebut pada manusia adalah
- iritasi, merah, ruam atau gatal pada kulit
- bengkak atau timbul sesuatu di kulit
- gejala kulit yang lain
- gejala sakit mata
- demam dan lain-lain
Saya sarankan agar anda dan bayi segera ke doktor sekiranya terdapat gejala seperti di atas.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.