Sulit
3 tahun
Jantung berdegup kencang dan sukar bernafas
Saya lelaki berumur 26 tahun. Untuk satu hari mesti akan berlaku sekali jantung berdegup kencang dah sukar bernafas selamat 1 minit. Bila fikirkan sesuatu tak sepatutnya akan datang perasan gemuruh dan berlaku jantung berdegup kencang dan kesukaran bernafas. Hal ini membuatkan saya jadi runsing dan takut bila datang perasaan gemuruh. Apakah tanda tanda penyakit saya ni doktor?
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat jantung percuma pada pautan di bawah. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!