Sulit
3 tahun
Jantung bergerak laju (berdebar)
saya berumur 18tahun pelajar tingkatan 6 . saya mengalami rase berdebar disaat saya nak tidur dan bangun daripada tidur means mcm jantung bergerak dgn laju . sudah 3hari saya rse mcmni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung berdebar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah ritma jantung atau struktur jantung
- Penyakit keresahan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit Cushing (lebihan steroid badan)
- Hipertiroid
- Tekanan mendadak, seperti ketakutan
- Tekanan darah tinggi atau rendah
- Merokok
- Demam
- Minum terlalu banyak alkohol
- Minum terlalu banyak minuman berkafein
- Kesan sampingan ubat
- Penyalahgunaan dadah rekreasi, seperti kokain
- Ketidakseimbangan elektrolit, bahan yang berkaitan dengan mineral yang diperlukan untuk mengendalikan impuls elektrik
Seperti yang anda lihta, banyak puncanya boleh berlaku jantung berdebar. Sejarah kesihatan anda penting untuk diterokai dengan lebih lanjut dan pemeriksaan fizikal serta ujian darah mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!