Anonymous
3 tahun
Jantung laju secara tiba tiba
Saya wanita, berusia 28 tahun… Sy mgalami masalah hormon pcos… Doctor telah memberi sy ubat hormones cybelle tetapi setelah sy habis makan satu kotak sy dapati jantung sy berdengup laju tetapi untuk seketika dan akan kembali normal, terkadang saya akan terasa sakit di breasts , dada dan tangan… Sy telah buat ecg tetapi results normal begitu juga xray turut normal… Apa perlu sy lakukan untuk menangani masalah ini?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami.
Antara faktor jantung laju dan berdebar adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika keadaan ini berterusan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih





























