
Anonymous
4 tahun
Jari tangan kebas Dan sakit
Sy berumur 37 thun Dan sedang mengandung 22 minggu. Kblkangan ini jari tngn sy kebas Dan sakit2. Adkalanya smp sy menangis X tahan sakit. Boleh doc Bantu sy ? Apa sbnrnya yg trjadi pd sy ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kehamilan boleh menyebabkan beberapa punca kepada kekebasan tangan seperti:
- Carpal Tunnel Syndrome
- Aliran darah tidak mencukupi (Anemia)
- Diabetes
- Kekurangan zat dan vitamin seperti vitamin B kompleks
- Penyakit autom-imun seperti SLE, Guillain-Barre Sindrom
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.