
xsnizx77
5 tahun
Jari tengah kaki saya berasa kebas kekal
Perkerjaan sy memerlukan sy berdiri lebih dr 8 jam sehari…adakah ini peyebab atau sy mmpunyai pyakit lain…jari kaki tngah sy berase kebas…dn sering sakit dibelakang lutut kaki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdiri lama tidak menjadi masalah asalkan anda memakai kasut yang sesuai dan memberi sokongan pada badan seperti kasut sukan. Selain itu, amalkan postur badan yang baik. Berdiri dengan tegak tanpa membongkok atau berdiri malas dengan meletakkan beban badan pada satu kaki.
Bergerak dan berjalan seketika dalam 2-3 minit setelah 1 jam berdiri statik. Amalkan senaman yang menguatkan otot kaki dan belakang. Anda boleh berbincang dengan doktor mengenai teknik-teknik yang sesuai atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.