
Sulit
4 tahun
Jerawat aktif yang melampau
selamat tengah hari dokter…saya wanita berumur 22tahun…saya ada masalah jerawat yang aktif…saya dah pantang makan …hanya pakai bedak sejuk sahaja…apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah kulit yang anda sedang alami.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mempunyai masalah sedemikian:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penjagaan muka yang kurang bersih
- Masalah kulit: acne vulgaris, rosacea, folliculitis dan sebagainya
- Alahan kepada makanan atau ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang sesuai.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk menyelesaikan masalah kulit anda dan mencuba produk penjagaan muka dalam masa yang sama.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama doktor kami. Terima kasih.