Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Jerawat badan dan berparut

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 3:56 PM

Sulit 44 hari

Saya mempunyai jerawat badan dan berparut…apa yg perlu saya lakukan? Kerana telah bermacam2 jenis sabun mandi telah digunakan…adakah ubat atau pil yg berkesan supaya saya boleh saya beli di farmasi ?

Dr Sri Viknarajan 44 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu jerawat badan dan berparut. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;

  • Sejarah keluarga
  • Merokok
  • Tekanan Emosi

Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:

  • Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
  • Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
  • Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:

  • Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
  • Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
  • Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
  • Kurangkan stress

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga perlu berhenti mengambil ubat jerawat dan sabun yang anda sedang ambil jika anda yakin produk-produk berkenaan menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk. Silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktori secara peribadi melalui atas talian. (https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor)). Terima kasih.

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 15:56:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang jerawat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Muka breakout penuh jerawat Dan bekas jerawat Hi doc saya wanita berumur 22 tahun dan menghidap hyportiroid. Tahun nih muka saya brekout teruk saya . Apa perlu saya buat. Baca lagi...
31 hari
Sulit
Naik biji seperti jerawat di atas bibir Baru pagi tadi perasan yang ada sebiji seperti jerawat timbul di atas bibir. Apakah iTunes. Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Jerawat badan dan berparut Saya mempunyai jerawat badan dan berparut…apa yg perlu saya lakukan? Kerana telah bermacam2 jenis sabun mandi telah digunakan…adakah ubat atau pil yg berkesan supaya saya boleh saya beli di farm… Baca lagi...
44 hari
Sulit
Masalah jerawat di badan Saya berumur 19 tahun dan jerawat sering naik di bahagian badan. Bolehkah saya tahu aap punca jerawat tu naik? Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Biji seakan-akan jerawat Pagi tadi perasan yang ada sebiji seakan jerawat kecil di bibir saya, apakah itu adakah ia cuma jerawat Baca lagi...
4 bulan