Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Jerawat teruk (breakout)

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 23, 2019 3:43 AM

balqis.amalina 14 bulan

Hello doktor. Saya wanita berumur lingkungan 25-30 tahun, belum berkahwin. Awal tahun baru-baru ini saya pergi menunaikan umrah. Saya mengambil pil Sunolut untuk menahan haid. Sejak pulang dan saya berhenti mengambil pil tersebut, muka dan badan bhgn blkg saya banyak dinaiki jerawat (breakout). Sedangkan sebelum saya ambil pil tersebut, agak jarang untuk saya dinaiki jerawat. (Mungkin jerawat naik sewaktu saya haid saja).

Jadi, adakah ada cara untuk saya ambil agar dapat pulihkan kulit dan kembali seperti dahulu?

Dr Ramzdhan 14 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kenaikan jerawat pada muka anda boleh disebabkan perubahan hormon yang tidak seimbang (selepas berhenti mengambil pil Sunolut), pori muka yang kotor, sejarah keluarga, merokok ataupun tekanan emosi. Bagi mengurangkan masalah ini anda boleh:

  • Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
  • Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
  • Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
  • Kurangkan stress

Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 23 2019 03:43:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang jerawat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
shikindk0
Jerawat Prone Acne banyak Hello doc, im sorry for dm-ing you but i really want to know the solution about my case. I’ve been taking doxycycline before for a month and actually need to see doctor for more rawatan lanjutan teta… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Jerawat di leher di dada Salam docsy hairan kenapa leher saya naik jerawat. Makin bertambah…sy pernah mengalami jerawat penuh dibadan, leher, bahu, tetapi itu semasa saya mengansung. Sekwrang sy tidak mengandung, jeraea… Baca lagi...
59 hari
Sulit
Masalah jerawat di kawasan muka Saya wanita yang berusia 31 tahun telah mengalami masalah jerawat di kawasan muka seperti terutama di dahi, pipi dan dagu.Pelbagai jenis ubat jerawat telah saya gunakan tapi hasilnya kurang memu… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Masalah parut di muka dan dark spot yang menganggu saya saya wanita berumur 21 tahun. saya mempunyai masalah parut jerawat di muka. sesetengah parut saya disebabkan saya memicit’whitehead’di muka. serta ada beberapa parut jerawat yang meninggalkan da… Baca lagi...
4 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15