
Sulit
4 tahun
Jika haid saya datang lebih awal 10 hari adakah ia normal atau tidak?
Hi doc, saya wanita berumur 26thn, 3 bulan sebelum ni saya alami haid yang tidak teratur, pernah smpai mengalami period hampir sebulan., Tetapi bulan lepas period saya sudah kembali normal 7-8hari je… tapi bulan ni saya dtg period awal pula…baru 20 hari sudah ada darah keluar…biasanyaa 30-33 hari baru period…tetapi kali ni darah yang keluar teramat lah sedikit… Adakah ini normal.? Adakah ini dikira sebagai period atau darah penyakit? & Apakah puncanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi pada waktu ini. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat dan kebiasaanya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita. Seterusnya ia akan mempengaruhi kitaran haid. Antara punca kitaran haid tidak teratur adalah :
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Menurut dari situasi anda, kemungkinan besar bahawa gejala haid tidak teratur anda adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti yang dinyatakan di atas. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi memperbaiki kitaran haid anda iaitu:
- Kurangkan stress
- Amalkan pemakanan yang sihat mengandungi fiber dan vitamin
- Cukupkan rehat dan tidur
- Amalkan senaman secara berkala
- Banyakkan minum air
- Kurangkan pemakanan yang kurang berkhasiat
- Kurangkan merokok dan minum alkohol.
Sekiranya gejala ini berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan untuk mengenal punca masalah anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!