
Sulit
5 tahun
Jumlah Haid yang sedikit
Selalunya haid saya normal
Namun sejak berumur 18 tahun haid saya sedikit tetapi dalam tempoh 7 hari??
Apa yang saya perlu lakukan untuk atasi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan berikutan masalah ini. Untuk makluman anda, tempoh haid yang normal adalah selama 2 hingga 8 hari. Justeru, tempoh haid anda selama 7 hari masih berada dalam batas normal.
Merujuk kepada keterangan anda tentang haid sedikit, sebetulnya penjelasan tersebut adalah subjektif memandangkan “sedikit” tidak menggambarkan kuantiti sebenar yang dimaksudkan.
Bagi mendapatkan info tambahan, silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.