Sulit
3 tahun
Kahak berdarah, sakit tekak biasa dan tidak batuk
Assalamualaikum dr. Saya wanita berumur 20 tahun. Saya sakit tekak tetapi seperti biasa sahaja untuk sehari dua ini. Tapi saya tidak batuk. Saya batuk sikit- sikit dan kahak pun sikit2 sahaja. Saya sering terasa kahak ada dan kadang-kadang tidak selesa. Ketika saya buang kahak, kahak hanya putih dan biasa. Namun, ada 3 kali apabila saya buang kahak dari mulut saya, kahak itu berwarna merah dan sedikit pejal dari kahak biasa. Adakah saya mempunyai masalah kesihatan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa penyebab mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Antaranya ialah:
- Luka pada tekak
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Namun, ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kelegaan masalah tekak dan lalui hari anda dengan ceria.