Sulit
3 tahun
Kaitan antara jangkitan paru paru dengan sakit perut (MOHON PENJELASAN)
dokter apa kaitan jangkitan paru2 dengan sakit perut sebab saya tengok kat forum (jangkitan paru paru menyebabkan sakit perut yang lebih sakit drpd batuk)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut di bahagian atas perut , di bawah dada kerana paru-paru terdapat di kawasan tersebut. Oleh itu, sekiranya pesakit mengadu sakit perut, maklumat lanjut adalah diperlukan dan salah satunya adalah kawasan sakit yang dialami kerana bergantung dengan kawasan, diagnosis berbeza boleh dibuat.
Manakala sakit tersebut semakin terasa ketika batuk kerana pergerakan paru-paru ketika batuk menyebabkan sakit tersebut semakin teruk.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.