Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kaitan vaksin dengan kesuburan wanita

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mac 15, 2021 3:44 PM

Sulit 10 bulan

Assalamualaikum doktor… Saya perempuan umur 23 tahun, akan berkahwin hujung tahun ni insyaAllah. Haritu saya ada baca dekat media sosial kata vaksin covid ni boleh buat wanita jadi tak subur… Betul ke doktor? Harap doktor boleh jelaskan. Terima kasih

Dr Sashini Seeni 10 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Penyebaran maklumat di media sosial memang terlalu banyak sehingga sukar untuk kita mengenal pasti kesahihannya. Justeru, kami memahami kemusykilan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setakat ini, pakar menganggap bahawa isu mengenai vaksinasi COVID-19 boleh menjejaskan kesuburan wanita atau menyebabkan kemandulan, adalah suatu mitos. Ianya tidak benar. Hal ini kerana belum ada bukti yang kukuh tentang perkara tersebut. Hujah mitos itu juga adalah daripada sumber yang agak lama iaitu sebelum kemunculan wabak COVID-19. Penelitian biologi terbaru didapati bercanggah dengan pendapat tersebut. Pakar juga menegaskan bahawa masyarakat perlu memikirkan tentang pentingnya mengambil vaksin untuk mencegah bahaya COVID-19, daripada keraguan tentang perkara ini.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

Dikemaskini pada: Mon Mar 15 2021 15:44:12 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang vaksin covid-19 secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19