
Sulit
4 tahun
Kaki bengkak digigit lipan
Hello, beberapa hari lepas kaki saya digigit lipan. Saya sudah menerima rawatan tetapi harini. hari ke 6 kaki saya bengkak tapi tak sakit. Apa yang saya perlu lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Saya menyarankan anda untuk:
- meneruskan pemakanan ubat yang disediakan
- mendapatkan rawatan susulan dari dokter anda sebelum ini sesegera mungkin
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan yang bengkak
- memastikan kawasan bengkak sentiasa bersih
Sekiranya terdapat cecair atau darah yang keluar pada daerah bengkak, anda digalkkan untuk:
- segera ke klinik atau hospital yang berdekatan
- membersihkan kawasan itu dengan air bersih lalu membalut (jang terlalu ketat) dengan kain yang bersih
- gunakan alat medical kit yang telah disertifikasi
Sekiranya terdapat gatal-gatal badan, ruam kulit, gelisah, pening kepala, anda perlu berhenti memakan ubat tersebut dan melapor ke dokter anda segera kerana dikhuatirianda allergic dengan ubat yang telah diberikan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.