
Anonymous
4 tahun
Kaki di gigit nyamuk
Saya ingin mengetahui cara dan apa ubat yang terbaik untuk kaki yg digigit nyamuk sehingga menjadi gatal .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi mengatasi masalah ini anda boleh berjumpa dengan doktor atau dapatkan ubat di farmasi seperti ubat antihistamin topikal dapat melegakan gatal-gatal. Ubat sapuan seperti krim juga dapat membantu bagi mengurangkan kegatalan. Untuk mengelakkan gigitan, gunakan racun serangga dan pastikan badan dilindungi dengan pakaian.
Sekiranya masalah ini berlanjutan atau semakin serius anda boleh berjumpa dengan doktor anda atau bercakap dengan kami di link ini (DoctorOnCall) . Terima kasih.