nazrianasz.edu
3 tahun
Kaki kanan berasa sakit seperti gout tapi bukan gout…rasa sakit untuk berjalan terpasa mengheret kaki bila nk berjalan
sy lelaki berusia 33, saya mengalami sakit kaki kanan bahagian atas permukaan kaki seperti gout tetapi bukan gout…rasa sakit bile hendak berjalan kawasan sekitar jari tengah hingga ke jari manis…bila sentuh guna jari terasa sakit…sakit bukan diseluruh bahagian kaki…cuma disekitar atas kaki je…terasa sakit bile nak bergerak…bila duduk nk bangun semula sakit…dah 2 hari sakit…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jari kaki terseliuh
- Bahagian tulang jari kaki retak atau patah
- Jangkitan kuman ada tapak kaki
- Masalah reumatoid
- Keradangan pada kaki
- Gout
- Komplikasi kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.