Sulit
3 tahun
Kaki lenguh dan sakit sebelah kiri
Saya wanita berumur 21 tahun. Saya kerap sakit dan lenguh kaki belah kiri. Terutaman ketika hendak tidur. Ini membuatkan saya, jarang tidur akibat sakit yang dialami. Hampir setiap berlkau tidak kira sama ada pagi atau malam
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah kaki lenguh dan sakit boleh disebabkan oleh:
- Kecederaan akibat daripada trauma
- Kurang zat dan nutrient seperti kalsium, magnesium dan sebagainya
- Kekurangan potassium
- Dehidrasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.