Sulit
3 tahun
Kaki sakit ketika tidur
Saya wanita 27tahun, dah 2 anak. Hampir setiap malam tidur saya diganggu dengan masalah kaki rasa lenguh bermula dibahagian petgelangan kaki sehingga ke atas . Dan paling merungsingkan saya, bila saya tidur menmengiring untuk ubah posisi ketelentang kaki saya terasa sangat ka sakit sampai susah utk beregerak. Boleh doktor bantu saya kenapa saya alami sakit yang macamni?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kaki anda boleh disebabkan:
- Penyakit Arteri Periferi
- Osteo-arthritis pada tulang peha
- Stenosis tulang belakang
- Cakera tulang belakang tergelincir (“Slipped Disc”)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.