
carmenng
5 tahun
Kalau kencing manis memang akan kena potong kaki ke
Kalau kencing manis memang akan kena potong kaki ke? Takutlah saya. Mak saya ada kencing manis, kaki dah hitam doktor potong.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hai! Terima kasih atas soalan anda. Sebelum saya menjawab soalan encik, izinkan saya memerangkan sedikit mengenai komplikasi diabetis. Terdapat beberapa komplikasi jangka pendek dan jangka panjang jika diabetis tidak dapat dikawal. Komplikasi jangka pendek termasuk:
1. Hypoglycaemia
2. Hyperglycaemia
3. Ketoacidosis diabetis
Komplikasi jangka masa panjang boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu macrovaskular (menjejaskan organ-organ besar seperti jantung dan microvascular ( menjejaskan pembuluh darah dan saraf atau pelbagai organ dalam badan). Contoh komplikasi ini termasuk:
1. Infeksi kulit
2. Kerosakan pada mata di mana ia akan hadir dengan penglihatan yang kurang baik atau dikesan semasa lawatan ke ahli optik. (kerosakan pada saluran darah ke mata)
3. Rasa sensasi cucuk-cucuk atau rasa mati sensasi di kaki (akibat kerosakan saraf). Ini lah sebab encik mengalami masalah rasa kaki cucuk-cucuk. Kurang rasa ini juga boleh menyebabkan luka dan lebam yang tidak diingini berlaku kerana orang itu tidak menyedari luka itu.
Selain kebas, kencing manis juga boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lambat dan teruk dan ini akhirnya akan membawa kepada jangkitan.
4. Ini juga boleh mengakibatkan ulser kaki diabetic and amputasi (potong kaki)
5. Mati pucuk (disebabkan kerosakan pada saraf dan saluran darah)
6. Masalah buah pinggang (pesakit biasanya akan hadir dengan air kencing yang berbuih)
7. Serangan jantung (diabetis meningkatkan risiko serangan jantung)
Jawapan untuk soalan encik, ialah tidak. Bukan semua pesakit diabetis terpaksa potng kaki, dia hanya ada lebih risiko untuk potong kaki. Luka dan lebam yang tidak dirawat boleh mengakibatkan luka dia jadi lebih besar.
Ini sebab penyembuhan perlahan adalah biasa dalam kalangan pesakit diabetis. Ini kalau tidak dirawat akan mengakibatkan ulser kaki diabetik. Ulser ini kalau tidak terkawal akan mengakibatkan kaki mati and menjadi hitam. Pada masa itulah, kaki terpaksa dipotong. Semua ni berlaku kerana beberapa sebab:
1. Neuropati diabetis (kerosakan saraf)
2. Tahap glukosa yang tinggi
3. Pengedaran darah yang lemah
4. Sistem imun dan jangkitan yang lemah
Terdapat beberapa cara untuk mengatasinya:
1. Berhenti merokok
2. Makan makanan yang bersih dan mesra diabetis
3. Bersenam
4. Kurangkan berat badan
5. Hadkan alkohol
6. Ambil ubat atau insulin mengikut waktu yang ditetapkan
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.