
Sulit
4 tahun
Kanak-kanak boleh ke ambil vaksin covid?
Salam doktor. Sy nak tau knp anak saya atau kanak-kanak lain secara keseluruhan tak boleh ambil vaksin covid ni yer? Boleh doktor beri penjelasan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahteram terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak dikecualikan daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan seperti yang telah digariskan oleh di dalam garis panduan. Hal ini kerana, terdapat data dan statistik yang amat terhad dalam kalangan kanak-kanak dan oleh sebab itu, penggunaan vaksin tersebut dalam kanak-kanak tidak digalakkan.
Namun begitu, anda boleh melindungi anak anda dengan mendaftarkan diri anda sebagai sukarelawan dan penerima vaksin COVID-19 ini. Sekiranya kebanyakan populasi dewasa telah divaksin, golongan dewasa ini bukan sahaja dapat melindungi golongan kanak-kanak malah dapat melindungi golongan yang tidak dapat menerima vaksin atas sebab kesihatan secara langsung.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai pertanyaan anda. Anda juga boleh menghubungi kami di Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk bercakap dengan doktor kami dan mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai persoalan anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini