
Sulit
5 tahun
Kandungan 10 minggu tapi bila scan hanya nampak kantung
Hi doktor selamat malam, mahu tanya usia kandungan isteri saya sudah 10-11minggu, masa scan masih belum terlihat lagi janinnya hanya kantung saiz 4cm saja, so doktor suruh datang 2 minggu lagi, untuk info doktor isteri saya haid yg tidak teratur antara 29-49 hari sebelumnya dan mempunyai rahim terbalik… apa kah komen doktor berkenaan hal ini… tq.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, haid yang tidak teratur ini akan menyebabkan tarikh kehamilan ini tidak tepat. 10-11 minggu ini tidak semestinya perkiraan yang betul pada wanita yang mempunyai haid tidak teratur, kemungkinan kandungan ini masih dalam minggu 3-4 minggu sahaja yang jantung bayi baru sahaja bermula untuk membentuk.
Masalah rahim terbalik mungkin akan menyebabkan masalah ketidakhamilan dan mempengaruhi kandungan semasa proses pembesaran. Isteri anda disarankan mengikuti nasihat doktor dan menepati setiap temu janji untuk pemeriksaan.
Untuk memahami situasi isteri anda dengan lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.