
Sulit
3 tahun
Kandungan 5 minggu,hanya nmpak kantung terlalu kecil
Saya berusia 38 thn,mengikut perkiraan,kandungan saya 5 minggu.pada 6/7 saya ada menjalankan ujian beta hcg dan bacaannya 798,pada 8/7 iaitu 2hari kemudian bacaannya 2004.tapi yg menjadi msalah,apabila doktor menjalankan scan tvs,hanya nmpk kantung yg terlalu kecil,n tidak blh diukur kerana terlalu kecik hnya dot kecil sahaja…n janin belum ada.doktor memaklumkan kemungkinan kandungan tidak menjadi…persoalannya skrg,kenapa bacaan beta hcg sya meningkat seperti kandungan normal.mohon penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, hormon Human Chorionic Gonadorophin (hCG) adalah hormon yang dihasilkan oleh placenta sewaktu hamil. Hormon ini akan bertambah semasa awal kehamilan dan seterusnya akan berkurangan. Walaupun scan ultrasound menunjukkan kantung anda kecil dan janin belum ada, hormon hCG akan terus dihasilkan selagi uri ada dalam rahim. Namun begitu, terdapat beberapa perkara lain yang boleh meningkatkan kuantiti hCG. Antaranya :
- Kehamilan kembar
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan molar
- Ketumbuhan dalam rahim
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.