
Anonymous
2 tahun
Kandungan anak pertama
Saya ingin dapatkan tips permakanan utk kekalkan kesihatan kandungan dan elakkan dari keguguran.adakah makanan yg tajam dan panas seperti lemon atau lain2 yg sy perlu tahu??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, untuk kehamilan, antara perkara yang penting adalah memastikan kelangsungan nutrient yang cukup untuk anda dan bayi. Antara pemakanan yang disarankan adalah:
- Pengambilan folik asid 3 bulan sebelum merancang kehamilan
- Ambil banyak buah-buahan dan sayur-syuran dalam diet anda
- Banyakkan protein seperti kekacang, ikan dan produk tenusu
- Elakkan minum produk tenusu yang tidak dipastur ( susu mentah) untuk mengelakkan jangkitan kuman
- Elakkan makan daging dan ikan atau makanan laut yang tidak dimasak sepenuhnya
- Pastikan semua makanan segar dicuci sebelum dimakan
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan lemak
- Jauhi rokok dan alkohol
- Elakkan pengambilan kafin
Mengenai makanan yang tajam atau panas, setakat ini tiada kajian yang benar-benar membuktikan larangan memakan makanan tersebut selain nanas. Kajian menunjukkan kandungan bahan di dalam nanas boleh menyebabkan kontraksi rahim sekiranya diambil secara berlebihan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang tips-tips kehamilan. Terima kasih.