
Sulit
5 tahun
Kandungan berapa minggu baru nampak bayi
salam dr.sy nak tanya,sya kalau ikut tarikh last period di kira kan kandungan sudah 8 minggu 5 hari,tapi tadi sacan kenapa nampak kantung saja ye,minggu kerberapa kandungan nampak bayi ye dr.dan dr scan kandungan sy lambat seminggu dari tarikh lmp saya

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, melalui scan ultrasonographi, janin akan mula ternampak bentuk anggota badan pada usia 10-12 minggu usia kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.