
noorifhanmazlan
5 tahun
Kandungan seawal 2 minggu
Assalamualaikum/Hi,
Sy baru berkahwin pada 2/8/19, dan telah membuat UPT pertama pada 16/8/19 (keputusan negatif) dan pada hari ni 25/8/19 lg sekali sy buat UPT (keputusan positive).
Sebab2 sy buat UPT pertama kerana suka2, tetapi utk UPT yg kedua sy lakukan sbb haid sy sepatutnya dtg pada 22 atau 23 hari bulan, tetapi tidak dtg dan sy rasa payu dara sy seperti membengkak dan sedikit rasa sakit. Tetapi sy tidak rasa mual2.
Adakah sy mengandung doktor?
Adakah UPT itu mberi keputusan yg betul?
Apa perlu sy lakukan utk mengesahkan sy mengandung atau pun tidak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ujian kehamilan yang anda lakukan, sekiranya dibuat mengikut cara yang betul, akan menghasilkan keputusan yang agak tepat. Sekiranya anda mahu mengesahkan status kehamilan, anda boleh membuat temu-janji dengan klinik untuk ujian ultrasound. Oleh itu, anda boleh pergi ke mana-mana klinik untuk mendapatkan pengesahan status kehamilan anda. Sekian.