Anonymous
6 tahun
Kanser payudara breast cancer
kakak saya sakit kanser payudara stage 4.
beliau dah buat kemo & radioterapi.
keadaan beliau makin parah.
saya nak tahu ada tak rawatan selain dari kemo dan radioterapi
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
*Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.*Untuk pengetahuan anda, selain plan rawatan kemoterapi dan radioterapi selepas pembedahan, plan rawatan lain termasuklah rawatan palliatif. Rawatan paliatif adalah berfokus untuk membuatkan pesakit mengalami kualiti hidup yang terbaik seperti melegakan kesakitan kerana kanser.
Apabila berbicara mengenai kanser stage 4 lazimnya sel-sel kanser itu telah merebak ke organ lain seperti hati, paru-paru, tulang ataupun otak dan perkara ini dikenali sebagai metastases. Pesakit kanser tahap keempat biasanya mempunyai prognosis yang tidak cerah.
Terima kasih

































