
Sulit
4 tahun
Kantung tidak membulat
Adakah normal keadaan kantung tidak membulat… Saya scan use transvaginal. Nampak kantung 1.14cm tapi tidak membulat kata doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini tanpa maklumat lebih lanjut tentang kehamilan anda dan latar belakang kesihatan anda.
Secara amnya, kantung kehamilan yang normal mempunyai diameter 2-3 mm pada awal kehamilan. Kadangkala kantung kehamilan akan nampak lebih kecil daripada normal pada awal kehamilan. Perkara ini sukar untuk diberikan kesimpulan melalui sekali imbasan sahaja. Ia mungkin tidak menandakan apa-apa yang perlu dirisaukan ataupun ia boleh menjadi risiko tinggi untuk keguguran. Untuk mendapatkan kesimpulan dalam hal ini, ujian ultrasound akan diperlukan sepanjang anda hamil.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.