
Sulit
4 tahun
Kebarangkalian hamil atau tidak
Saya dan pasangan telah melakukan hubungan pada 10/10 dan tarikh period seterusnya adalah pada 27/10. Tetapi pasangan saya tidak memasukkan private part cuma fingering sahaja. Setelah itu saya mengambil pil postinor 2 kerana ketika itu ialah tarikh subur saya dan takut ada sisa air mani di jari pasangan saya. Persoalannya adakah kebarangkalian saya untuk hamil itu tinggi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Untuk pengetahuan tuan, air mani mengandungi sperma. Sperma harus tiba di dalam rahim untuk bersenyawa dengan ovum sebelum membentuk janin. Sekiranya anda tidak memasukkan jari ke dalam vagina, maka sperma mungkin tidak dapat sampai ke dalam rahim untuk proses persenyawaan.
Sperma boleh hidup di luar, samaada di atas kulit atau permukaan kain selama 15-30 minit sahaja. Namun, jika semen atau air mani sudah kering, sperma dikira sudah mati dan tidak menyebabkan kehamilan.
Mengikut keterangan anda, kemungkinan untuk anda menjadi hamil adalah rendah kerana anda sudah mengambil pil postinor. Jika anda mengambil pil postinor dengan cara yang betul dan pada waktu yang sepatutnya, pil postinor akan berkesan untuk mencegah kehamilan. Pil postinor harus diambil dalam masa 72 jam dan sebaik-baiknya secepat mungkin selepas melakukan hubungan seks untuk menjamin keberkesanan pil tersebut.
Namun begitu, sekiranya haid anda masih tidak datang selepas 2 minggu, saya sarankan untuk anda membuat ujian kehamilan menggunakan air kencing (UPT).
Ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.