Sulit
2 tahun
Kebas dan lenguh dari bahu ke jari bahagian kiri
Sy selesai kemo (leukemia) pd bulan2 21. Sudah 2mggu sy mengalami kebas2 dan lenguh2 di tngan bahagian kiri, bermula dengan kebas di jari tengah dan bintik merah di telapak tangan dan jari tengah. Ubat saraf methycobal dan vit B com dberikan doctor baru 2 hr sy amalkan. Doc xdpt nak pastikan scare tperinci, harap dlm Doktor on call sy dpt penerangan penuh dari ape yg sy alami sekarang. Ubat yg sy makan tu adakah sesuai utk sy?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekurangan vitamin
- Diabetes atau kencing manis
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.