
Sulit
3 tahun
Kebas dan sakit tangan sebelah kiri
Saya nak tanya. Ibu saya berasa sakit dan kebas sebelah kiri. Tangan dengan kaki sakit. Adakah ini systom untuk strok/lumpuh?
Ibu saya masih bole berjalan tapi seakan seret kaki kiri. Ini baru saja terjadi.
Bolekah amik vitamin untuk penyakit seperti ini.
Ibu saya saya penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami fahami anda bimbang mengenai masalah kebas dan sakit tangan sebelah kiri yang dialami oleh ibu anda. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Masalah kebas yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan kebiasaannya ia dikaitkan dengan masalah saraf ataupun gagguan pengaliran darah.
Antara punca lazim yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kebas-kebas adalah:
- Masalah saraf seperti trigeminal neuralgia
- Masalah muskuloskeletal (otot dan tulang)
- Kencing manis
- Penyakit darah tinggi
- Strok
Setiap pengambilan vitamin ataupun sebarang jenis ubatan perlulah melalui proses konsultasi bersama dengan doktor terlebih dahulu bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menentukan rawatan yang sesuai.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk bantuan lebih lanjut bagi menentukan masalah yang dihadapi sama ada berpunca daripada strok ataupun penyakit lain.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.