Sulit
3 tahun
KEBAS dari bahu , Berlikat dan sebelah kiri Kaki Hampir 3 mggu
saya Ahzu .sy Tak tahu Dah Dekat sebulan Badan kebas Setiap Hari bagun tidur Hampir 3-4jam stiap kali bgun Dan pada malam hari Bdenyut dan kebas amgota senelah Kiri Tak berhenti .Mcam cara dah sy Lakukkan
Klinik Sudah ,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sering kebas selama sebulan di anggota badan sebelah kiri. Untuk makluman anda, kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
- Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
- Migraine sejenis sakit kepala
- Kompliksi kencing manis
- Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
- Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga menganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
- masalah saraf
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.