Sulit
3 tahun
Kebas di jari sudah lebih 2 minggu
Salam sejahtera Doc, saya lelaki berumur 23 tahun mengalami kebas di jari kelingking kanan. Kekebasan tu non-stop sejak kena haritu. Dia bukan saja kebas, rasanya seperti urat jari saya tegang dan ditarik kearah tapak tangan saya. Saya tidak boleh menegakkan jari kelingking saya tanpa bantuan luar.
Pada hari pertama terkena. Saya telah menukar penggunaan garam biasa ke garam iodized. Adakah itu puncanya? Saya dah berhenti guna garam tersebut tetapi masih tiada beza. Saya juga banyak bekerja dengan komputer. Posisi meja komputer saya agak tinggi dan kadang kala menyebabkan kekebasan di tangan. Malam kejadian, tangan saya kebas jugak semasa menyiapkan kerja tetapi hanya di jari kelingking kanan tidak berhenti. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kebas tangan atau kebas jari :
- Carpal Tunnel Syndome
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. - Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabetes. Hal ini juga boleh menjadi punca rabun dekat semakin serius. - Hyperthyroidism
Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih