Sulit

2 tahun

Kebas dibahagian muka di sebelah kanan terutama sekali mulut dan lidah sehingga menggangu aktiviti makan dan harian saya

Salam dan selamat malam Doktor, saya berusia 23 tahun dan mengalami rasa kebas dibahagian kanan sahaja terutamanya dibahagian mulut dan lidah.Saya mengalami masalah ini sudah seminggu dan telah berjumpa doktor tempatan untuk pemeriksaan dan telah diambil darah dan hasilnya semua normal dan mereka kata tiada apa apa masalah tapi saya masih merasakan kebas sehingga hari ini dan ia buat saya rasa kurang selesa terutama ketika makan . Masalah yang saya hadapi ketika makan bukan seperti hilang sepenuhnya deria rasa cuma kurang dari yang biasa dan saya merasakan tekstur makan itu berbeza seperti makan ketika lidah terbakar cuma beza nya saya rasa kebas. Pada mulanya kebas dibahagian hujung lidah tetapi sekarang ia sudah merebak pangkal lidah , hidung dan gusi . Dan kadang kadang setelah bangun dari tidur pagi saya akan rasa kebas bahagian bawah mata sebelah kanan. Saya tidak mengalami kesukaran untuk menelan makan cuma saya rasa tidak selesa dan kebas.Saya juga telah diberi ubat vitamin saraf tetapi rasa kebas tidak berkurangan. Apa yang perlu saya lakukan ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, masalah kekebasan yang berlaku pada muka boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu:

  • Keradangan sinus yang merebak kesaraf bahagian muka
  • Jangkitan kuman pada sinus, paru-paru, gigi ataupun kelenjar liur yang boleh merebak ke otak atau sistem pengsarafan bahagian muka
  • Masalah resdung yang berpanjangan sehingga menyebabkan ruangan hidung bengkak, dan boleh merebak ke kawasan sinus dan selanjutnya, mempengaruhi saraf pada kulit muka
  • Penyakit alahan pada ruangan hidung atau sinus, sehingga boleh mempengaruhi sistem saraf bahagian kulit muka
  • Jangkitan virus seperti penyakit kayap, HIV/AIDS, ataupun virus Beguk
  • Penyakit sistem saraf yang khusus seperti Bell’s Palsy dan Mutliple Sclerosis .
  • Strok

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda kerana masalah sistem saraf anda boleh dipengaruhi secara utamanya dalam kondisi anda ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Sinuses

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)