Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kebas seluruh tangan kanan sejak 2012

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 14, 2020 1:11 PM

Sulit 3 bulan

Ayah saya berumur 63 tahun. Telah menjalani angiogram pada tahun 2009. Pernah mengalami kekejangan separuh badan ketika bangun dari tidur. Mempunyai pengakit darah tinggi pd tahun 2012 hingga kini. Tahu. 2020 mendapat penyakit kencing manis. Namun bacaan tekanan darah dan kencing manis masih tahap sederhana tinggi. Kini, ayah saya mengalami kebas tangan berpanjangan yg menyebabkan tangan kanan tidak boleh melakukan aktiviti biasa seperti memegang cawan atau pinggan kerana tangan tidak kuat serta kerap menggigil. Selain itu, menyebabkan pola tidur terganggu kerana kerap terjaga disebabkan tangan kebas ataj sakit. Ditambah dengan satu lagi penyakit iaitu Periodic Limb Movement Disorder kerana kaki menendang ketika tidur. Semakin lama semakin kerap menendang selang 2-3 minit. Dulu hanya kaki kanan sekarang kedua dua belah kaki menendang ketika hampir terlena atau sedang lena. Saya ingin mencuba terapi akupunturnamun khuatir dengan risikonya. Ayah saya mengambil ubat pencair darah dan pelbagai ubat dari IJN menyebabkan saya tidak pasti apakah rawatan yg sesuai. Klinik dan hospital kerajaan tiada saranan kecuali menghadiri sesi Physiotherapy. Ayah saya semakin sukar bergerak setiap hari kerana tangan dan kaki yg bermasalah ini. Mohon pandangan dari doktor. Terima kasih banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:

  • Diabetes
  • Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
  • Aliran darah yang tidak mencukupi
  • Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
  • Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
  • Gejala awal strok

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 14 2020 13:11:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Check gula dlm badan Klu nk check gula kena puasa berapa lama dan ada ka xblh minum langsung sepanjang masa puasa Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Range hba1c yang terkini Saya wanita berumur 26thn dan laporan hba1c saya menunjukkan rata 5.4 Baca lagi...
21 hari
Sulit
Kuku cengkam pada ibu jari kaki Ibu jari kaki bengkak. Tak mahu surut. Sy ada penyakit kencing manis. Luka keluar nanah dan darah. Tp sy kawal gula dan pemakanan Baca lagi...
17 hari
Sulit
Kencing manis Dan tanda tanda Sanitizer Periuk Sabun qaseh cj Tag dapur eco Balang kosong I Lada giling Mknn eco Ayam bsar Telur Stew ayam Cndawan shitake Udang Saya mempunyai sejarah kencing manis (insulin) sema… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Mengenai ubat diabetes saya wanita dlm umur 35,baru tahu ada diabetes 8.9 mula cek,doktor bg saya ubat untuk di makan,tetapi 2 hari saya makan ubat diabetes ni saya rasa mata kabur dan sakit kepala.Adakakah itu kesan … Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi