Sulit
4 tahun
Keberkesanan Ujian RTK dan PCR
Ibu dan ayah saya ialah kontak rapat dengan orang yang positif Covid. Jadi, mereka telah buat RTK dan keputusannya negatif. Adakah perlu lagi untuk membuat PCR sebagai pengesahan? Sebab ada kes yang RTK negatif tetapi selepas beberapa hari, muncul gejala dan apabila diuji dengan PCR keputusannya menjadi positif.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Untuk makluman anda, ujian RTK-Ag adalah sejenis ujian pantas yang dilakukan untuk mengesan jangkitan Covid-19. Walaupun ujian RTK-Ag tidak mempunyai ketepatan yang amat tinggi seperti ujian PCR, ia adalah mencukupi untuk ujian saringan. Sekiranya ujian RTK-Ag menunjukkan positif, sampel akan dihantar untuk ujian PCR untuk mengesahkan diagnosis. Jika ujian RTK-Ag adalah negatif, tetapi seseorang individu bergejala, maka ujian PCR akan dijalankan untuk mengesahkan status individu tersebut.
Sekiranya ibu dan ayah anda tidak mempunyai gejala, mereka tidak perlu mengambil ujian PCR. Namun, mereka harus menjalankan kuarantin seperti yang ditetapkan kerana mereka ialah kontak rapat pesakit Covid-19. Sepanjang tempoh kuarantin, mereka dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan kendiri melalui aplikasi MySejahtera. Sekiranya mereka mula bergejala, sila maklumkan kepada petugas kesihatan di CAC berdekatan untuk nasihat lanjut.
Sekirnya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































