Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kebingguan tentang Period ataupun hanya Demam biasa. Harap doktor boleh memberi respon yang baik. Terima kasih

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 31, 2020 1:04 AM

Sulit 5 bulan

Hi, Doktor. Saya berumur 28 tahun. Haid saya biasanya setiap bulan teratur dan period biasa dalam 6-8 hari. Tetapi pada bulan ni Period saya hanya 3 hari sahaja. 2 minggu sebelum period, saya ada demam panas 1 hari dan selepas pada tu badan saya sering panas, sakit pinggang, perut kosong, rasa mual/loya, pening dan sakit bahagian payudara. Dan sehingga sekarang pun saya rasa lengguh-lengguh pinggang, loya dan perut kosong even baru lepas makan. Adakah saya hamil doktor?

Dr Ramzdhan 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut adalah 20 tanda-tanda awal kehamilan untuk anda rujuk dan kenalpasti simptom yang terdapat pada anda:

  1. Tidak datang haid
  2. Keletihan
  3. Mual
  4. Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
  5. Payudara yang sakit dan semakin membesar
  6. Sembelit
  7. Kekejangan
  8. Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
  9. Perubahan emosi atau mood
  10. Mengidam pelbagai jenis makanan
  11. Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
  12. Peningkatan berat badan
  13. Sakit kepala
  14. Sakit belakang
  15. Pening
  16. Kerap membuang air kencing
  17. Bengkak pada kaki (edema)
  18. Kesukaran untuk tidur
  19. Pedih ulu hati
  20. Kontraksi yang sederhana

Sekiranya anda ragu-ragu dengan status kehamilan anda, sebaiknya melakukan pemeriksaan sederhana seperti pemeriksaan urine pregnancy test (UPT). Sebagai tips, sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Klik link ini tentang (bagaimana menggunakan ujian kehamilan)

Seandainya masih negatif, adalah dianjurkan untuk anda mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan tambahan berupa pemeriksaan darah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jul 31 2020 01:04:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Tumbesaran janin di usia 28 minggu 6 hari Hai doktor 15 january 2021 saya scan tumbesaran kandungan , usia kandungan waktu itu 28 minggu 6 hari, Saya agak keliru dengan cara kiraan , adakah normal bagi janin sekiranya ukuran BPD :75.5mm… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Rasa macam nak demam tapi suhu normal. Bila husband pegang dahi, dia cakap panas Saya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Last period saya pada 28/12/2020, dan selepas itu ‘bersama’ dgn suami tetapi bukan dalam waktu saya subur. Adakah kemungkinan saya mengandung ? Sebab r… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Bolehkah berlaku kehamilan selepas keguguran? Saya wanita dalam 20’an dan saya baru sahaja mengalami keguguran 2 minggu yang lalu. Pada hari yang ke 15, darah nifas telah berkurangan dan telah melakukan hubungan intim bersama suami pada har… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Saya bersalin czer dan kini hamil lagi Saya bersalin czer pada tahu 2019 dan umur anak saya sekarang 1 tahun 4 bulan…dan sekarang saya sedang mengandung saya nak tanye apakah selamat untuk saya teruskan kandungan saya? tolong bantu s… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Rasa senggugut pada kehamilan trimester kedua Saya wanita and sedang mengandung pada usia 25 minggu. Tadi ada rasa senggugut. Adakah itu normal pada usia kandungan saya masa ini? Baca lagi...
16 hari