
Sulit
4 tahun
Kebolehan untuk hamil
Saya wanita berumur 25tahun dan telah mengambil suntikan depo selama setahun lebih. Saya perlu mengambil depo seterusnya pada 7.9.2020 ,tetapi saya tidak mwngambilmya dan berhenti mengambil sebarang perancang.selama sy mengambil depo saya tidak period. Dan selepas saya berhenti pun period tidak kunjung tiba…pada 12.11.2020 saya mengambil pil perancang selama 21 hari dan period datang 4hari selepas saya mengambil pil…period (tidak banyak,sedikit shaja) itu berlangsung selama 4 hari (7hb-10.12.2020)… selepas habis haid saya tidak mengambil sebarang perancang. Dan telah melakukan persetubuhan bersama suami pada 3.1.2021 dan 6.1.2021 dan sperm masuk kedalam.
pada 11.1.2021 saya mengambil pregnant test dan keputusan adalah negatif.Dalam tempoh saya berhenti period sehingga sekarang period tidak kunjung tiba. adakah saya berpeluang untuk mengandung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Peluang untuk puan mengandung adalah berdasarkan kepada ovulasi dan kesuburan pada fizikal puan sewaktu bersama pasangan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.