
amin.alicia9319
5 tahun
Kecacatan saiz kepala
Saya lelaki berumur 20an.Saya sejak lahir dilahirkan dengan kepala agak besar.Saya sering dikutuk semasa di sekolah kerana kepala saya agakbesar berbanding dengan orang lain.Sewaktu saya masih bayi.Ayah saya memberi tahu yang saya selalu mendongak ke atas seperti leher saya tak mampu utk menampung berat kepala saya.Boleh saya tahu apa penyebab saya dilahirkan begini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, seandainya kepala anda berukuran lebih besar dan tidak proporsional dengan ukuran tubuh, hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- Genetik. Yaitu bererti ukuran kepala yang besar ini diwarisi oleh keturunan atau ahli keluarga
- Hydrocephalus. Yaitu masalah penumpukan cairan otak
- Tumor otak
- Perdarahan dalam otak
Sekiranya gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, sehingga dikhuatiri dapat menganggu psikologi dan kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.