Sulit
3 tahun
Kefahaman terhadap pemasangan iucd adakah bole disekalikan dengan pemakaian kondom? Adakah mengganggu fungsi iucd tersebut
Saya dah pasang iucd tapi masih bimbang setiap kali bersama suami jadi saya minta suami pakai kondom adakah ini akan mengganggu fungsi iucd itu?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Pemakaian condom tidak menganggu fungsi IUCD namun anda sudah tidak perlu untuk mengunakan kaedah perancangan lain seperti kondom kernaai IUCD sudah memadai. Namun ada beberapa pendapat mengatakan bahawa pemakaian kondom meningkatkan kadar perlindungan. Setiap kaedah perancang kehamilan mempunyai kadar kehamilan yang tertentu. Antara contohnya adalah:
- Condom : 18%
- Pil Perancang: 9%
- IUCD: <1%
- Implan: <1%
- Hysterectomy/vasectomy: <0.1%
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.